Home Ekonomi Penanaman semula pastikan produktiviti jangka panjang industri sawit negara
Ekonomi

Penanaman semula pastikan produktiviti jangka panjang industri sawit negara

Penanaman semula pastikan produktiviti jangka panjang industri sawit negara

MENTERI Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika berucap pada Persidangan dan Pameran Prospek Harga Minyak Sawit dan Laurik ke-36 (POC2025) di Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR: Penanaman semula adalah komponen kritikal dalam memastikan kelestarian dan produktiviti jangka panjang industri minyak sawit Malaysia, menurut Menteri Perladangan dan Komoditi.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, peningkatan kadar penanaman semula adalah penting, memandangkan komitmen negara terhadap sifar penebangan hutan dan keperluan untuk meningkatkan hasil tanpa memperluas penggunaan tanah.

Ujarnya, pada 2024, Malaysia hanya berjaya menanam semula 114,000 hektar, satu penurunan daripada 132,000 hektar yang ditanam semula pada 2023.

“Ini jauh di bawah sasaran yang disyorkan iaitu sekurang-kurangnya empat peratus setahun, atau kira-kira 255,000 hektar.

“Kegagalan untuk mencapai sasaran ini boleh memberi impak negatif terhadap masa depan industri, kerana pokok sawit yang semakin tua menghasilkan hasil yang lebih rendah dan kecekapan yang berkurang,” katanya dalam ucapan sempena Persidangan dan Pameran Prospek Harga Minyak Sawit dan Laurik ke-36 (POC2025) di sini hari ini.

Bagi menangani cabaran-cabaran ini, Johari berkata, kerajaan memberi keutamaan kepada penggunaan bahan penanaman berkualiti tinggi, memastikan pekebun kecil menerima Tenera Hybrid yang lebih digemari berbanding varian berkualiti rendah yang boleh menjejaskan hasil jangka panjang.

“Kita perlu sedar pentingnya menyokong pekebun kecil, yang menguruskan kira-kira 1.5 juta hektar ladang kelapa sawit namun sering menghadapi cabaran disebabkan oleh kekurangan skala dan pengetahuan.

“Jika hasil pekebun kecil dapat ditingkatkan hanya sebanyak lima metrik tan setiap hektar, Malaysia boleh meningkatkan pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) sebanyak 1.5 juta tan, tanpa memerlukan tanah tambahan,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 
Ekonomi

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 

PENGANGKUTAN awam boleh menjadikan pilihan yang lebih ekonomi dan menjimatkan masa kepada...

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh
Ekonomi

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh

ABDUL RASHEED GHAFFOURPETALING JAYA: Ringgit kekal stabil berbanding mata wang rakan dagangan...

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...