Home Ekonomi Southern Cable raih kontrak bernilai RM403.6 juta daripada TNB
Ekonomi

Southern Cable raih kontrak bernilai RM403.6 juta daripada TNB

Southern Cable raih kontrak bernilai RM403.6 juta daripada TNB

KILANG Southern Cable di Kedah.

PETALING JAYA: Southern Cable Group Berhad (Southern Cable), pengeluar kabel dan wayar memperoleh kontrak bekalan bernilai RM403.6 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).  

Kontrak yang dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuh kumpulan, Southern Cable Sdn. Bhd., melibatkan pembekalan dan penghantaran kabel kuasa bawah tanah serta konduktor kepada Bahagian Rangkaian Pembahagian TNB untuk tempoh satu tahun bermula Februari 2025.  

Pengarah Urusan Southern Cable Group Berhad, Tung Eng Hai berkata, kontrak daripada TNB itu mencerminkan kepercayaan berterusan mereka terhadap keupayaan Southern Cable dalam membekalkan produk berkualiti tinggi yang penting untuk infrastruktur tenaga utama Malaysia. 

“Kami komited menyokong usaha TNB dalam memperkukuh rangkaian tenaga dan memenuhi permintaan tenaga negara yang semakin meningkat, didorong oleh pertumbuhan sektor pembinaan serta pembangunan infrastruktur.

“Bagi memenuhi peningkatan permintaan, kami memberi tumpuan kepada usaha memperluaskan kapasiti pengeluaran serta mempertingkatkan rangkaian produk, khususnya kabel voltan sederhana dan tinggi yang penting bagi pencawang baharu dan projek infrastruktur.

“Melangkah ke hadapan, kami yakin dapat mencapai prestasi kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, disokong oleh tempahan yang mantap serta aktiviti pembangunan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Kontrak itu menawarkan potensi peningkatan ketara kepada Southern Cable dan TNB mempunyai pilihan untuk melanjutkan perjanjian selama satu tahun lagi dengan pesanan tambahan berdasarkan nilai asal kontrak. 

Selain itu, TNB juga boleh meminta tambahan pesanan sehingga 30 peratus daripada nilai kontrak asal, yang akan terus meningkatkan potensi hasil daripada perjanjian ini.  

Dalam pada itu, Southern Cable telah berjaya memperoleh kontrak signifikan daripada TNB secara konsisten, termasuk perjanjian bagi tempoh 2022 hingga 2024 yang bernilai kira-kira RM850 juta.  

Kumpulan ini juga kini mempunyai tempahan sedia ada, termasuk bekalan kabel bawah tanah dan konduktor kepada syarikat utiliti tenaga lain, sistem penerus dan bateri kepada sebuah syarikat telekomunikasi utama.

Ini termasuk pesanan pembelian kabel dan wayar daripada kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) serta pengedar.-UTUSAN

Related Articles

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 
Ekonomi

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 

PENGANGKUTAN awam boleh menjadikan pilihan yang lebih ekonomi dan menjimatkan masa kepada...

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh
Ekonomi

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh

ABDUL RASHEED GHAFFOURPETALING JAYA: Ringgit kekal stabil berbanding mata wang rakan dagangan...

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...