Home Ekonomi Urus niaga saham MAHB: Pelaburan berbeza dengan strategi tersendiri
Ekonomi

Urus niaga saham MAHB: Pelaburan berbeza dengan strategi tersendiri

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Februari – Urus niaga jualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 2023 dan tawaran sukarela semasa merupakan dua bentuk pelaburan berbeza, masing-masing dengan mandat serta strategi tersendiri.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi penetapan harga, aktiviti dagangan dua tahun lalu berlaku dalam konteks pelaburan di pasaran awam.

Sebaliknya, tawaran sukarela semasa adalah bentuk pelaburan baharu dalam pasaran swasta dan bersifat jangka panjang.

“Ini merupakan modus operandi biasa bagi mana-mana pelabur institusi yang sentiasa melihat pelbagai peluang pelaburan bagi mendapatkan pulangan terbaik.Terdapat perbezaan ketara antara pasaran awam dan pasaran swasta, termasuk dari segi mandat, analisis pelaburan, proses \’due diligence\’, serta tempoh untuk memperoleh keuntungan.

\”Kebiasaannya, pelaburan dalam pasaran swasta mengambil masa yang lebih lama kerana melibatkan perubahan menyeluruh dari sudut pengurusan, aset, dan operasi perniagaan,” katanya ketika dihubungi RTM.

Dr. Mohd Afzanizam menjelaskan pembelian saham MAHB pada harga RM11 sesaham akan menyumbang kepada peningkatan nilai pengendali lapangan terbang domestik dan antarabangsa itu.

Apabila disenaraikan semula pada masa hadapan, ia dijangka memberikan premium kepada saham MAHB serta menterjemahkan keuntungan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelabur lain yang terlibat.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...