Home Ekonomi Gaji, keseimbangan kehidupan kerja faktor utama pencari kerja
Ekonomi

Gaji, keseimbangan kehidupan kerja faktor utama pencari kerja

Gaji, keseimbangan kehidupan kerja faktor utama pencari kerja

NICHOLAS Lim (duduk, tengah) bersama pengamal media dalam majlis meraikan media dan sambutan Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16.6 peratus pencari kerja di negara ini mengutamakan gaji dan pampasan sebagai faktor utama dalam memilih pekerjaan.

Selain itu, keseimbangan kehidupan kerja juga semakin penting dengan 14.4 peratus pencari kerja menitikberatkan faedah seperti cuti tambahan, bayaran kerja lebih masa yang adil dan waktu kerja tetap pada siang hari.

Pendedahan itu berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap lebih 33,000 pencari kerja di Asia-Pasifik, termasuk 14,600 di Asia.

Pengarah Urusan Jobstreet by SEEK Malaysia, Nicholas Lim berkata, menyedari keperluan maklumat tersebut, pihaknya memperkenalkan Talent Attraction Lab, satu platform interaktif dalam talian yang menyediakan data masa nyata mengenai pasaran pekerjaan di Malaysia, sekali gus membantu majikan memahami keperluan dan keutamaan pencari kerja.

Ujarnya, platform ini memberi tumpuan kepada faktor utama yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan di Malaysia, termasuk gaji, keseimbangan kehidupan kerja dan peluang perkembangan kerjaya.

“Selain itu, sebanyak 13.9 peratus pencari kerja menganggap peluang pembangunan kerjaya seperti kenaikan pangkat, latihan kemahiran, dan hala tuju kerjaya yang jelas sebagai faktor penting dalam membuat keputusan pekerjaan.

“Kajian turut menunjukkan budaya tempat kerja dan kualiti pengurusan semakin mempengaruhi kepuasan kerja, dengan 12.5 peratus pekerja menilai keadilan, kerjasama dan profesionalisme sebagai aspek utama,” katanya selepas majlis meraikan media dan sambutan Tahun Baharu Cina, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Nicholas berkata, bagi memastikan pengambilan pekerja lebih efektif, SEEK turut memperkenalkan SEEK Pass, satu pasport kelayakan yang membolehkan pencari kerja mengesahkan kelayakan mereka dengan lebih mudah dan selamat.

Menurutnya, inisiatif ini membolehkan majikan mendapatkan calon berkualiti tinggi dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pengambilan pekerja yang tidak sesuai.

“Sebagai pasaran pekerjaan yang kompetitif, majikan perlu lebih proaktif dalam menawarkan pakej gaji yang setanding dengan pasaran, selain menyediakan persekitaran kerja yang kondusif untuk pertumbuhan kerjaya pekerja.

“Dengan data masa nyata yang dikemas kini secara berkala, Talent Attraction Lab akan membantu syarikat mengoptimumkan strategi pengambilan pekerja dan menyesuaikan Employee Value Proposition (EVP) dengan jangkaan pasaran semasa,” ujarnya. – UTUSAN

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...