Home Ekonomi Ringgit naik 2.7 peratus berbanding dolar AS pada 2024
Ekonomi

Ringgit naik 2.7 peratus berbanding dolar AS pada 2024

Ringgit Malaysia mencatatkan peningkatan nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar Amerika sepanjang tahun 2024 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Februari – Ringgit Malaysia mencatatkan peningkatan nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar Amerika sepanjang tahun 2024, menurut kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM).

Selain itu, ringgit turut mencatatkan peningkatan nilai berbanding mata wang utama lain, termasuk dolar Singapura, won Korea, dan yen Jepun.

Namun, BNM menjelaskan pada suku keempat 2024, ringgit mengalami penurunan nilai berbanding dolar Amerika serta mata wang rakan dagangan utama.

Pergerakan itu dipengaruhi oleh pengukuhan dolar Amerika, susulan perubahan jangkaan dalam pasaran kewangan global.

Sejak awal tahun sehingga kini, ringgit meningkat sebanyak 0.1 peratus berbanding dolar Amerika, namun mencatatkan penurunan 0.3 peratus pada Indeks Kadar Pertukaran Berkesan (NEER) berbanding rakan dagangan utama Malaysia.

BNM menjangkakan faktor luaran akan terus mempengaruhi kadar pertukaran ringgit, namun menegaskan bahawa prospek makroekonomi Malaysia yang kukuh serta pembaharuan struktur yang berterusan akan memberikan sokongan kepada ringgit dalam jangka sederhana.

Related Articles

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 
Ekonomi

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 

PENGANGKUTAN awam boleh menjadikan pilihan yang lebih ekonomi dan menjimatkan masa kepada...

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh
Ekonomi

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh

ABDUL RASHEED GHAFFOURPETALING JAYA: Ringgit kekal stabil berbanding mata wang rakan dagangan...

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...