Home Ekonomi CelcomDigi catat keuntungan bersih RM1.38 bilion pada 2024
Ekonomi

CelcomDigi catat keuntungan bersih RM1.38 bilion pada 2024

CelcomDigi Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM1.38 bilion bagi tahun kewangan 2024 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Februari – CelcomDigi Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM1.38 bilion bagi tahun kewangan 2024, lebih rendah berbanding RM1.55 bilion pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, hasil syarikat kekal stabil pada RM12.68 bilion.

Menurut kenyataan syarikat, prestasi yang lebih rendah itu disebabkan pengurangan pemerolehan SIM prabayar sekali sahaja serta penggabungan SIM selepas proses penyatuan syarikat.

Keuntungan bersih bagi suku keempat turut menyusut 63.9 peratus kepada RM157.04 juta, berbanding RM435.15 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Namun, segmen pascabayar pengguna meningkat 2.6 peratus kepada RM4.1 bilion, didorong pertambahan lebih 374,000 pelanggan setahun hasil pelan konvergensi yang dipertingkatkan.

Selain itu, hasil jalur lebar rumah dan fiber melonjak 34.4 peratus kepada RM185 juta dengan peningkatan pelanggan sebanyak 76,000 setahun.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...