Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional Masjid Taman Bukit Kepayang bernilai RM3.5 juta siap dibina
Nasional

Masjid Taman Bukit Kepayang bernilai RM3.5 juta siap dibina

Masjid Taman Bukit Kepayang bernilai RM3.5 juta siap dibina

Masjid Taman Bukit Kepayang

SEREMBAN, 10 Februari- Masjid Taman Bukit Kepayang, Seremban, siap dibina dengan peruntukan sebanyak RM3.5 juta.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, masjid tersebut telah siap dibina pada 31 Januari lalu.

\”Alhamdulillah penyerahan Masjid Taman Bukit Kepayang yang bernilai kira-kira RM3.5 juta tepat pada waktunya kerana kira-kira 19 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan.

\”Maka sempat pihak kariah masjid membuat persiapan untuk sembahyang tarawih pada tahun ini di Masjid Taman Bukit Kepayang ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Penyerahan Masjid Taman Bukit Kepayang di sini.

Masjid tersebut boleh menampung kira-kira 360 jemaah pada satu-satu masa.

Ia turut dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik imam, bilik pengurusan jenazah, tempat wuduk, menara setinggi 14.5 meter serta tempat letak kereta.

Related Articles

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul AzzisKUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk...

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...