Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional Kerajaan tidak mahu buat keputusan terburu-buru tentukan klasifikasi T15
Nasional

Kerajaan tidak mahu buat keputusan terburu-buru tentukan klasifikasi T15

Kerajaan tidak mahu buat keputusan terburu-buru tentukan klasifikasi T15

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

PUCHONG, 8 Februari- Kerajaan tidak mahu membuat keputusan terburu-buru dalam menetapkan klasifikasi 15 peratus teratas kumpulan berpendapatan tinggi (T15).

Menteri Kewangan Dua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Kementerian Ekonomi perlu diberi masa untuk mengenal pasti tangga pendapatan yang tepat sebelum perkara itu diumumkan.

\”Ia diusahakan Kementerian Ekonomi, kita berharap perkara ini dapat dimuktamadkan tidak lama lagi dan bagaimana pelaksanaan yang akan dilakukan pada masa depan.

\”Tetapi yang pentingnya kalau kita buat usaha-usaha seperti ini, ia perlu dibuat dengan kefahaman data yang betul. Ia tidak boleh dibuat terburu-buru bagi mengelakkan data tidak tepat. Jadi saya fikir Kementerian Ekonomi perlu diberikan masa dalam usaha ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) di bawah CIMB, di Pusat Komuniti Pinggiran Bukit Jalil 2 di sini.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sebelum ini menyatakan, individu diklasifikasikan sebagai T15 akan ditentukan berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah serta lokaliti masing-masing.

Related Articles

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul AzzisKUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk...

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...