Home Nasional MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad Mustafa

KUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited memacu integrasi ekonomi serantau menerusi 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED).

Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) MITI, Mastura Ahmad Mustafa berkata, pihaknya kini menunggu pengesahan daripada Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) pada Permukiman AEM di Johor, akhir Februari ini.

\”Jadi selepas ia disahkan oleh Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN, PED ini akan dimaklumkan kepada umum.

\”Pada masa itu MITI perlu memainkan peranan memastikan bahawa semua PED ini dapat dimuktamadkan ataupun dihasilkan dalam tempoh Kepengerusian ASEAN hingga Disember tahun ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu Biz Malaysia, di Angkasapuri, Kota Media di sini.

PED berteraskan empat teras utama iaitu mengukuhkan perdagangan dan pelaburan, mewujudkan laluan inklusif dan mampan, mempromosikan integrasi dan ketersambungan ekonomi serta memperluas ekonomi digital.

Selain PED, MITI dan negara ASEAN yang lain di bawah tonggak ekonomi, juga sedang berusaha menghasilkan pelan strategik Komuniti Ekonomi ASEAN , AEC 2026 hingga 2030.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit
Nasional

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit

Foto arkib RTM: Pandangan melalui udara situasi banjir di Sabah baru-baru iniKUALA...

Kerjasama NAIO-GAIV  bakal wujudkan lebih 450 peluang kerja AI kemahiran tinggi
Nasional

Kerjasama NAIO-GAIV bakal wujudkan lebih 450 peluang kerja AI kemahiran tinggi

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 6 Februari-Lebih 450 peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan kecerdasan...