Home Nasional KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian Kerja Raya, Putrajaya

JOHOR BAHRU, 7 Februari- Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM263 juta bagi tahun 2025 untuk negeri Johor.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ketika kunjungan hormat Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan delegasi semalam.

Kunjungan hormat itu bertujuan membincangkan hala tuju pembangunan infrastruktur negeri Johor.

Menurut Onn Hafiz, beberapa isu keutamaan negeri telah dibangkitkan,termasuk projek kawasan khas banjir, pembangunan serta penyelenggaraan jalan persekutuan dan jalan susur.

Turut dibincangkan ialah penyelesaian projek jejambat Meridin East Pasir Gudang yang terbengkalai sejak 2021.

Kerajaan negeri juga mengemukakan cadangan penyelesaian bagi membuka akses dua hala ke Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) serta mengurangkan kesesakan trafik di Pasir Gudang.

Dalam pada itu Onn Hafiz berharap segala permohonan dapat dipertimbangkan kerajaan persekutuan demi memastikan Johor terus maju.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...