Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program asasi, sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline akan dibuka bermula 10 Februari hingga 14 Mac, bagi permohonan fasa pertama manakala 14 April hingga 18 Mei bagi fasa kedua.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan memaklumkan permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 universiti awam, 36 politeknik, 106 kolej komuniti dan dua institusi MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

Sementara itu fasa pertama permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf adalah bagi semua program pengajian manakala fasa kedua akan dibuka melibatkan program pengajian yang tidak bertemu duga atau tanpa ujian.

\”Semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

\”Sebanyak 350 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,131 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPM atau setaraf oleh universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan MARA BPT seluruh negara,\” menurut kenyataan itu.

Pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 mesin teler automatik (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN bermula 9 Februari sebelum mengemukakan permohonan.

BSN akan mengeluarkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran danpemohon diminta untuk memastikan slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian.

Related Articles

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul AzzisKUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk...

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...