Home Nasional Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit
Nasional

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit

Foto arkib RTM: Pandangan melalui udara situasi banjir di Sabah baru-baru ini

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Situasi banjir di Sarawak semakin pulih apabila jumlah penduduk terjejas di negeri tersebut terus mencatatkan penurunan malam ini, bagaimanapun Sabah merekodkan sedikit peningkatan.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) merekodkan 4,341 penduduk terjejas di Sarawak setakat pukul 8.00 malam ini, berbanding 4,520 orang petang tadi, manakala Sabah, 330 orang berbanding 322 orang.

Sarawak mencatatkan 13 daerah terjejas melibatkan 1,390 keluarga di 22 pusat pemindahan sementara (PPS).

Paling tinggi di Bintulu dengan 1,052 orang, diikuti Selangau (992), Subis (492), Tatau (419), Mukah (409), Miri (278), Kanowit (178), Dalat (166), Beluru (147), Sebauh (141), Sebuyau (51), Pakan (13) dan Sibu (tiga).

Sementara Sabah, membabitkan daerah Kinabatangan iaitu 253 orang daripada 65 keluarga di dua PPS, manakala Keningau, 77 orang daripada 19 keluarga di satu PPS.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Kerjasama NAIO-GAIV  bakal wujudkan lebih 450 peluang kerja AI kemahiran tinggi
Nasional

Kerjasama NAIO-GAIV bakal wujudkan lebih 450 peluang kerja AI kemahiran tinggi

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 6 Februari-Lebih 450 peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan kecerdasan...