Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi Kedudukan Malaysia di IFDI 2024, beri impak positif ekonomi negara
Ekonomi

Kedudukan Malaysia di IFDI 2024, beri impak positif ekonomi negara

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Januari- Kedudukan Malaysia sebagai peneraju kewangan Islam dunia di Indikator Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2024 memberi impak positif kepada ekonomi negara.

Menurut Felow Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam Malaysia, Suzana Md Samsudi, ia meningkatkan keyakinan pelabur asing, peniaga, dan pengguna, sekali gus memperkukuhkan statusnya sebagai pusat kewangan Islam global.

Pengiktirafan itu turut memperkukuhkan hubungan kewangan Malaysia dengan negara-negara Asia Barat dan Asia Tenggara yang menitikberatkan pelaburan patuh syariah.

\”Aliran modal ini dapat merangsang pelbagai sektor ekonomi, bukan sahaja industri perbankan dan kewangan tetapi juga mengalir kepada sektor tertentu seperti hartanah.

\”Selain itu, kedudukan teratas Malaysia dalam pembangunan kewangan Islam juga memberikan kelebihan strategik dalam memacu pertumbuhan pasaran halal.

\”Malaysia dapat menggunakan kedudukan ini untuk mengukuhkan reputasi dan keyakinan terhadap produk dan perkhidmatan halal yang dihasilkan di negara ini,\” katanya kepada RTM.

Tambahnya, dengan sistem kewangan Islam yang mantap, usahawan Malaysia dalam industri halal berpeluang mendapatkan pembiayaan patuh syariah, selain mampu memperluaskan operasi mereka ke peringkat global.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan mengumumkan, Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut turut dalam IFDI 2024.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...