Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi Niaga hadapan emas dijangka tinggi minggu depan
Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka tinggi minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Januari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, dengan harga dijangka melepasi paras US$2,800 setiap auns troy susulan kelemahan dalam dolar US, kata rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes.

Beliau berkata melainkan pengumuman data perbelanjaan penggunaan peribadi Amerika Syarikat pada minggu depan atau Rizab Persekutuan yang agresif mungkin mengubah trajektori semasa, emas boleh dengan mudah menguji dan melepasi rintangan pada US$2,810 setiap auns troy.

“Sokongan dijangka sekitar US$2,760 setiap auns troy tetapi penembusan melebihi US$2,800 setiap auns troy boleh merungkai rintangan ke atas itu,” katanya kepada Bernama.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak Januari 2025 ditutup lebih tinggi pada US$2,777.0 setiap auns troy naik berbanding US$2.702.70 setiap auns troy yang disaksikan semasa minggu sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Februari 2025 menokok sebanyak US$2,785.90 setiap auns troy daripada US$ 2,711.20 setiap auns troy.

Kontrak Mac, April dan Jun 2025 semuanya ditutup tinggi pada US$2,794.80 setiap auns troy daripada US $2,719.30 setiap auns troy pada minggu lepas.

Jumlah dagangan melonjak kepada 60 lot berbanding 40 lot, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 85 kontrak daripada 78.

Berdasarkan penetapan petang London Bullion Market Association pada 23 Januari, harga emas fizikal berada pada US$2,744.25 setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...