Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi i Rizq Plus, Bank Rakyat sasar raih pelaburan RM700 juta
Ekonomi

i Rizq Plus, Bank Rakyat sasar raih pelaburan RM700 juta

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 Januari– Bank Rakyat sasar raih pelaburan keseluruhan berjumlahRM700 juta bagi Akaun Pelaburan-i Rizq Plus untuk tahun ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shahril Mohd Shariff yakin dengan potensi produk berkenaan, berdasarkan sambutan menggalakkan sejak diperkenal dua tahun lalu.

Produk itu antara usaha berterusan dalam menyediakan produk patuh Syariah yang inovatif dan bermanfaat, selain memupuk tabiat melabur dan menyimpan dalam kalangan masyarakat.

\”Produk ini boleh pergi lebih jauh daripada yang disasarkan sebelumnya. Kita jangka dalam masa dua tahun lagi, kita akan mencapai penanda aras dari segi nilai i Rizq Plus ini,\” kata Ahmad Shahril kepada pemberita, hari ini.

Jelasnya, sehingga kini, akaun berkenaan mempunyai lebih 90,000 penyimpan.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah Utama Akaun Pelaburan-i Rizq Plus di ibu negara.

Guru dari Pahang, Hazrul Ikram Pahroraji bergelar jutawan baharu selepas memenangi hadiah utama berjumlah RM1 juta.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...