Home Ekonomi Boost catat nilai transaksi RM5.6 bilion pada 2024
Ekonomi

Boost catat nilai transaksi RM5.6 bilion pada 2024

Boost catat nilai transaksi RM5.6 bilion pada 2024

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon (empat dari kiri) bergambar bersama (dari kiri), Ketua Pegawai Komersil Boost, Gurpreet Khera, Ketua Pegawai Kewangan Boost, Alex Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Liza, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, Fozia Amanulla, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Connect, Ankur Jakhwal, Ketua Pegawai Pemasaran Boost, Diana Boo dan Ketua Pegawai Teknologi Boost, Karthik Bhaskaran pada \’2024 Wrap-Up: Driving Financial Inclusion in South East Asia with Boost\’ di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR: Boost mencatatkan Nilai Transaksi Kasar (GTV) yang mengagumkan, dengan jumlah transaksi tahunan melebihi RM5.6 bilion pada 2024, mengukuhkan kedudukan sebagai platform dipercayai.

Laporan e-Conomy SEA 2024, sektor perkhidmatan kewangan digital (DFS) Asia Tenggara dijangka menjana pendapatan sebanyak AS$33 bilion (kira-kira RM147.64 bilion), dipacu oleh penggunaan pembayaran tindak balas cepat (QR) dan pinjaman digital yang meluas.

Boost telah memanfaatkan pertumbuhan ini dengan memperoleh deposit berjumlah lebih daripada RM700 juta dalam enam bulan pertama operasi, manakala Boost PayFlex mengagihkan lebih daripada RM240 juta sejak dilancarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon berkata, 2024 menandakan pencapaian penting untuk Boost, mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju fintech yang telah memperluaskan rangkaian perkhidmatan merangkumi produk dan perkhidmatan perbankan.

“Pertumbuhan kami mencerminkan kepercayaan pengguna dan rakan kerja kami, di samping permintaan solusi kewangan digital inovatif yang semakin meningkat.

“Dengan memperluaskan rangkaian perkhidmatan kami, termasuk pembiayaan, perkhidmatan gerbang pembayaran, deposit, dan pelaburan yang ditawarkan melalui pendekatan kewangan embedded, kami berada pada kedudukan unik untuk menjana impak bermakna untuk perniagaan kecil dan pengguna individu.

“Dengan ekonomi digital Asia Tenggara yang berkembang pesat, Boost kekal komited untuk menawarkan solusi kewangan digital yang mudah diakses dan transformatif,” katanya semasa sesi bual santai di Tinjauan Tahun 2024 Boost di sini, semalam.

Sementara itu, Boost PayFlex berjaya mencatatkan pertumbuhan yang mengagumkan meskipun lewat memasuki segmen Beli Dahulu Bayar Kemudian (BNPL). Produk patuh Syariah ini telah memperoleh lebih daripada 121,000 pelanggan dan mengagihkan lebih daripada RM240 juta sejak dilancarkan.

Dengan pasaran BNPL di Asia Tenggara dianggarkan mencecah AS$53.2 bilion (kira-kira RM238.01 bilion) menjelang 2027, di mana Malaysia disasarkan sebagai antara pasaran yang paling berkembang pesat, Boost PayFlex menduduki posisi strategik untuk memanfaatkan trend ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, Fozia Amanulla berkata, pelancaran Boost Bank merupakan langkah penting untuk mentakrif semula keterangkuman kewangan.

“Boost Bank bukan sahaja batu tanda untuk kami, tetapi juga untuk Malaysia. Ini tidak hanya melibatkan deposit atau akaun, sebaliknya ia melibatkan pembinaan platform yang benar-benar memperkasakan individu dan perniagaan untuk berkembang maju.

“Kami berbangga dengan kerjasama strategik yang membolehkan kami mencapai segmen yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan.

“Melalui strategi utama ini, kami telah membolehkan komuniti-komuniti ini beralih kepada perbankan digital,” katanya.

Memandang ke hadapan, Boost kini mempercepatkan langkah untuk beralih menjadi kumpulan perbankan digital serantau di Indonesia dan Kemboja, dengan visi jelas dalam perbankan digital dan perkhidmatan kewangan di Asia Tenggara.

Ini memandangkan sektor perkhidmatan kewangan digital Asia Tenggara diramalkan bertumbuh pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 31 peratus sehingga hujung 2025.

Selain itu, portfolio pembiayaan Boost telah melangkaui RM5 bilion dalam pinjaman yang disalurkan di Malaysia dan Indonesia, memberi manfaat kepada ribuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Rangkaian solusi itu memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang pendanaan dan memastikan pertumbuhan mampan untuk pelanggan PMKS. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...