Home Ekonomi MEUFTA dijangka manfaatkan sektor kelapa sawit – Penganalisis
Ekonomi

MEUFTA dijangka manfaatkan sektor kelapa sawit – Penganalisis

Penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) dijangka memberikan impak besar kepada sektor perladangan kelapa sawit / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Januari – Penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) dijangka memberikan impak besar kepada sektor perladangan kelapa sawit, membuka peluang baharu kepada industri tempatan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpandangan perjanjian tersebut berpotensi merungkai pelbagai sekatan yang selama ini menghalang produk kelapa sawit daripada menembusi pasaran Eropah.

\”Negara-negara Eropah sering dikaitkan dengan sekatan terhadap kelapa sawit. Dengan adanya perjanjian ini, halangan tersebut dapat diatasi, sekali gus memberi peluang kepada sektor kelapa sawit Malaysia untuk memperluaskan pasaran di sana,\” katanya kepada RTM.

Selain sektor kelapa sawit, Afzanizam menjelaskan perjanjian itu turut membuka peluang besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PMKS), membolehkan mereka mengakses pasaran Eropah dengan lebih mudah.

Sektor teknologi seperti elektronik, automotif, dan tenaga boleh diperbaharui juga dijangka mendapat manfaat, meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka panjang.

Katanya, MEUFTA turut dijangka memperkukuh hubungan pelaburan antarabangsa dengan menarik lebih ramai pelabur asing menjadikan Malaysia destinasi pilihan utama.

\”Perjanjian ini akan mengukuhkan daya saing negara di peringkat global, menjana pertumbuhan ekonomi, dan meningkatkan taraf hidup rakyat,\” tambah Afzanizam.

BERITA BERKAITAN:

  • Malaysia-EU sambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (MEUFTA)

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...