Home Nasional 30 pegawai, anggota JSJ Bukit Aman sertai Program Pemimpin Masa Depan
Nasional

30 pegawai, anggota JSJ Bukit Aman sertai Program Pemimpin Masa Depan

30 pegawai, anggota JSJ Bukit Aman sertai Program Pemimpin Masa Depan

Program Pemimpin Masa Depan JSJ PDRM 2024 semai nilai kepimpinan anggota/Foto PDRM

ULU KINTA, 29 Disember – Seramai 30 pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menyertai Program Pemimpin Masa Depan (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung selama 13 hari bermula 16 Disember lalu di sekitar Banjaran Titiwangsa di sini.

Program buat julung kalinya itu, hasil kerjasama antara JSJ dan Komando VAT 69 diketuai oleh Komander SAC Hamzah Hashim, bertujuan memupuk semangat kerjasama dan integriti dalam kalangan pegawai serta anggota.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata beliau yakin program ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan lebih ramai peserta.

\”Program ini bukan sahaja dapat membuktikan komitmen jabatan terhadap agenda pembangunan modal insan, malah menampilkan kesungguhan untuk memastikan PDRM kekal kompeten dalam mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

\”Insya-Allah, JSJ akan meneruskan program ini pada tahun depan. Mungkin kita boleh adakan tiga atau empat sesi untuk memastikan lebih ramai pegawai JSJ terlibat,\” katanya ketika merasmikan majlis penutupan program di Empangan Sultan Azlan Shah, di sini hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada para peserta yang berjaya menamatkan program ini dengan cemerlang dan berharap nilai kepimpinan, integriti dan semangat kerjasama yang dipupuk sepanjang tempoh program berlangsung

Dalam pada itu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata antara cabaran utama sepanjang latihan ialah cuaca yang mencabar.

\”Latihan seperti ini menguji ketahanan fizikal, mental, dan kesabaran anggota. Dalam keadaan letih dan tanpa bekalan yang cukup, kita dapat melihat sifat sebenar setiap individu,\” tambahnya.

Katanya, program ini turut menekankan elemen survival, termasuk menghadapi situasi tanpa bekalan makanan selama 24 hingga 48 jam.

Bertemakan \”Memupuk Semangat Kepimpinan dan Kerjasama\”, program yang berlangsung dari 16 hingga 28 Disember lalu ini menjadi platform untuk mengasah potensi setiap peserta, bukan sahaja dalam memimpin tetapi juga sebagai inspirasi buat warga pasukan lain.

Related Articles

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai
Nasional

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha / Foto RTMNILAI, 26...

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050
Nasional

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 25 April- Sasaran tenaga boleh baharu...

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota
Nasional

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof / BERNAMALONDON, 25 April– Tumpuan...

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global
Nasional

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun...