Home Nasional 45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada
Nasional

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada

Rakaman kamera CCTV pemantauan banjir JPSNT di Jambatan Gong Terap, Setiu pada pukul 6.45 petang tadi/Foto JPSNT

KUALA TERENGGANU, 29 Disember – Penduduk di 45 kampung dalam lingkungan lima kilometer dari muara Sungai Terengganu diminta sentiasa bersiap siaga sepanjang tempoh fenomena air pasang besar, yang dijangka berlaku dari hari ini hingga Selasa depan.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Nadiah Abd Kadir, berkata, ini kerana kawasan tersebut berisiko mengalami banjir sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan fenomena itu.

Maklumat daripada Pusat Hidrografi Nasional menunjukkan ombak dijangka mencecah ketinggian antara 2.6 meter hingga 2.7 meter bermula pukul 9.00 malam di Kuala Terengganu.

Dalam tempoh sama, stesen cerapan di Kemaman mencatatkan paras air pasang besar antara 3.0 meter hingga 3.4 meter.

\”Penduduk sekitar muara Sungai Terengganu perlu sentiasa mendengar arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko yang lebih besar.

\”Penduduk perlu menyesuaikan diri atau bersedia menghadapi situasi fenomena air pasang besar. Pihak berkuasa akan sentiasa memberikan maklumat terkini dan penduduk disarankan untuk mendengar serta mengikuti arahan yang diberikan bagi memastikan keselamatan mereka,\” katanya ketika ditemui RTM.

Terdahulu, Nadiah melawat kawasan Kampung Hiliran, yang terletak tiga km dari muara Sungai Terengganu yang dikenal pasti sebagai berisiko banjir.

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa situasi banjir di Hulu Terengganu berpunca daripada hujan lebat yang mencatatkan lebih 100 milimeter sehari, meningkatkan risiko limpahan air sungai.

Related Articles

Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di Sarawak, Sabah, Labuan sehingga 12.00 tengah hari
Nasional

Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di Sarawak, Sabah, Labuan sehingga 12.00 tengah hari

Foto hiasanPETALING JAYA, 4 Januari– Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran...

Jualan Agro MADANI di Perlis catat nilai jualan lebih RM3.12 juta
Nasional

Jualan Agro MADANI di Perlis catat nilai jualan lebih RM3.12 juta

Jualan Agro MADANI di PerlisKANGAR, 4 Januari– Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)Perlisberjaya...

UMNO tidak teruskan perhimpunan solidariti Najib, Isnin ini
Nasional

UMNO tidak teruskan perhimpunan solidariti Najib, Isnin ini

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 4 Januari–...

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya keganasan, kekejaman berterusan di Gaza
Nasional

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya keganasan, kekejaman berterusan di Gaza

Penduduk mengeliligi jenazah yang maut akibat serangan Israel/ ReutersKUALA LUMPUR, 4 Januari-...