Home Nasional Tujuh unit kuarters PGA Kem Lanang musnah terbakar
Nasional

Tujuh unit kuarters PGA Kem Lanang musnah terbakar

Tujuh unit kuarters PGA Kem Lanang musnah terbakar

Tujuh unit kediaman kuarters PGA, Batalion Ke-10 Kem Lanang musnah dalam kebakaran hari ini

SIBU, 29 Disember – Sebanyak tujuh unit kediaman kuarters Pasukan Gerakan Am (PGA), Batalion Ke-10 Kem Lanang di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku pada petang Sabtu.

Menurut laporan awal Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.06 petang.

\”Seramai 19 anggota bomba bersama dua jentera dan sebuah kereta pacuan empat roda telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

\”Setakat ini, kebakaran telah berjaya dikawal, dan pihak bomba sedang menjalankan kerja-kerja akhir pemadaman,\” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Tambah kenyataan itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Related Articles

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai
Nasional

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha / Foto RTMNILAI, 26...

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050
Nasional

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 25 April- Sasaran tenaga boleh baharu...

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota
Nasional

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof / BERNAMALONDON, 25 April– Tumpuan...

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global
Nasional

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun...