Monday , 23 December 2024
Home Nasional Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan
Nasional

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk sah untuk ke negara itu / Foto Hiasan / Bernama

SONGKHLA, 22 Disember –Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk sah untuk ke negara itu susulantindakan tegas polis Malaysia di Kelantan melarang penggunaan jeti haram untuk merentas sempadan.

Komander Tentera Bahagian Keempat Thailand, Mejar Jeneral Paisan Nusang berkata tiga pintu masuk yang dibenarkan adalah Sungai Golok di Rantau Panjang, Tak Bai di Pengkalan Kubor dan Buketa di Bukit Bunga.

\”Ini adalah undang-undang dan peraturan yang orang ramai perlu terima dan patuhi untuk menjadi warga yang baik. Ada tiga laluan sah untuk mereka merentas sempadan: Buketa, Sungai Golok, dan Tak Bai.

“Kami tahu peraturan ini menjejaskan aktiviti harian penduduk di sempadan, namun ia penting untuk mematuhi undang-undang,” katanya dalam satu temubual khas bersama media Malaysia di Songkhla, pada Sabtu.

Menurut Paisan, penguatkuasaan larangan rentas sempadan melalui laluan tidak sah sejak 1 Disember lalu telah memberi impak positif dalam menangani aktiviti penyeludupan.

Katanya, kerajaan Thailand turut menegaskan keperluan menggunakan pintu masuk rasmi bagi tujuan rentas sempadan dan bercadang untuk membincangkan isu tersebut dengan rakan sejawat di Kelantan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Paisan turut mengulas penahanan empat warganegara Thailand oleh pihak berkuasa Malaysia dan menyatakan tindakan lanjut akan diambil setelah siasatan selesai.

Tentera Thailand kini telah meningkatkan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan bagi memastikan pematuhan terhadap penguatkuasaan yang dilaksanakan.

Related Articles

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan...

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah
Nasional

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMPETALING JAYA,...

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan...

Anggota polis dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air
Nasional

Anggota polis dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air

Seorang anggota polis berusia 39 tahun dilaporkan dihanyutkan arus deras ketika mandi...