KUALA LUMPUR, 27 Nov (Livevartha) — Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari Rabu walaupun pasaran serantau mencatat prestasi kurang memberangsangkan ketika pelabur mengalihkan tumpuan terhadap pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.
Pada12.30 tengah hari, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 5.05 mata kepada 1,608.20 daripada paras penutup 1,603.15, semalam.
Sewaktu pasaran dibuka, indeks penanda aras itu susut1.81 mata kepada 1,601.34 dan seterusnya bergerak dalam julat 1,601.34 hingga 1,608.98 sepanjang sesi dagangan pagi.
Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu437 berbanding 422 manakala 489 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,109 tidak diniagakan dan 44 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak1.9 bilion unit bernilai RM1.3 bilion.
Seorang peniaga berkata sentimen optimis mengenai prospek pelaporan pendapatan domestik, membantu melonjakkan minat terhadap saham-saham tempatan menjelang pengumuman data inflasi, Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi AS dengan unjuran semasa menjangkakan peningkatan, sekali gus mencetuskan rasa berhati-hati di peringkat serantau.
Bagaimanapun, minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS ternyata meredakan beberapa kebimbangan ini apabila mesyuarat pada November mendedahkan kewajaran bergerak secara beransur-ansur ke arah pendirian dasar lebih neutral pada masa akan datang sekiranya data-data ekonomi sejajar dengan jangkaan awal.
Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggiYTL Power meraih 21sen kepadaRM3.31, YTL Corp menokok 10sen pada RM2.05, IOI Corp naik tujuh sen to RM3.87, Petronas Dagangan melonjak 36 sen kepada RM19.46 manakala Maybank untung enam sen kepadaRM10.28.
Bagi saham aktif, Genetec Technology melonjak 20.5 sen kepada RM1.08, MBSB naik 1.5 sen kepada 74 sen, JCY International meraih lima sen kepada 40.5 sen, Globetronics untung 4.5 sen kepada 57.5 sen dan Iconic Worldwide meraih satu sen kepada 11 sen.