Wednesday , 23 April 2025
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Susut Berikutan Permintaan Rendah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Susut Berikutan Permintaan Rendah

Niaga Hadapan MSM Susut Berikutan Permintaan Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh permintaan domestik yang dijangka perlahan, menurut sumber pasaran.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata, lazimnya permintaan adalah perlahan menjelang akhir tahun berikutan trend bermusim.

“Pengeluaran MSM yang meningkat di Indonesia turut menjejaskan harga di Malaysia.

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,650 dan rintangan pada RM4,900," katanya kepada Livevartha.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta baharu Disember 2024 dan kontrak Disember masing-masing susut RM35 kepada RM4,891 dan RM4,828 satu tan.

Kontrak Februari 2025 menyusut RM43 kepada RM4,772 manakala kontrak Mac 2025 berkurangan RM51 kepada RM4,678 satu tan.

Sementara itu, kontrak April 2025 susut RM48 kepada RM4,581 dan kontrak Mei 2025 rendah RM43 kepada RM4,483.

Jumlah dagangan meningkat kepada 145,908 lot daripada 92,644 pada Rabu manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 244,234 kontrak daripada 244,155 sebelumnya.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April (Livevartha) —...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April(Livevartha) — Ringgit rendah berbanding...