Saturday , 23 November 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Bercampur-campur Di Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Bercampur-campur Di Wall Street

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Bercampur-campur Di Wall Street

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Streetkerana sentimen keseluruhannya dipengaruhi oleh perkembangan terkini dalam konflik antara Rusia dan Ukraine.

Pada 9.10pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.57mata kepada 1,604.91daripada 1,602.34ketika ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.54mata kepada 1,602.88.

Suasana pasaran positif dengan 179kaunter untung mengatasi 130kaunter rugi manakala 243kaunter kekal tidak berubah, 1,914saham tidak diniagakan dan 14yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 179.43juta unit bernilai RM93.75 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkatahasil 10 tahun Perbendaharaan Amerika Syarikat telah merosot kepada 4.39 peratus manakala Nasdaq sebahagian besarnya dirangsang oleh Nvidia menjelang keputusan pendapatannya yang akan diumumkan lewat hari ini.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng mencatatkan trendpeningkatan walaupunprestasimenyederhana kerana prospek itu dirangsang oleh hasratChina untuk meningkatkan lebih banyak sokongan untuk pasaran kewangan menerusilebih banyak penyenaraian syarikat China, akses pasaran lebih baik dan terbitan bon perbendaharaan,” katanya kepada Livevartha.

Di peringkat tempatan,Thong kekal optimistik bahawa aktiviti membeli saham ketika harga murah akan berlaku, justeru beliau menjangkakan indeks akan berada dalam dalam julat antara 1,600-1,610 hari ini.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Catat Dagangan Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Catat Dagangan Kecil Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 Nov(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Dalam Kecenderungan Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Dalam Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 23 Nov (Livevartha)...

Pasaran Getah Menaik Walaupun Kesan Monsun Timur Laut – Pakar
Pasaran

Pasaran Getah Menaik Walaupun Kesan Monsun Timur Laut – Pakar

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 23 Nov (Livevartha)...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia...