Wednesday , 23 April 2025
Home Pasaran Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Julat Terhad Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Julat Terhad Minggu Depan

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Julat Terhad Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakandalam julat terhad pada minggu hadapan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkatapelabur sedang memantau dengan rapat perkembangan domestik dan antarabangsa yang boleh mempengaruhi arah pasaran.

"Kami menjangka FBM KLCI akan bergerak mendatar dalam julat 1,590 hingga 1,610 pada minggu hadapan," katanya kepada Livevartha.

Untuk minggu yang baru berakhir, November 2024 hilang27.0 mata kepada 1,594.5, Disember 2024 merosot 26.5 mata kepada 1,599.0, Mac 2025 menurun 25.5 mata kepada 1,587.5dan Jun 2025 menyusut 25 mata kepada 1,596.0.

Jumlah dagangan pula turun kepada 27,800 lot daripada35,551 lot pada minggu sebelumnyamanakala kepentinganterbuka meningkat kepada 38,788 kontrak daripada36,492 kontrak sebelumnya.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI menyusutsebanyak 28.8 mata kepada 1,592.44 daripada 1,621.24 pada minggu lalu.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April (Livevartha) —...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April(Livevartha) — Ringgit rendah berbanding...