Friday , 15 November 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Cerminkan Sentimen Serantau Lemah
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Cerminkan Sentimen Serantau Lemah

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Cerminkan Sentimen Serantau Lemah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal, mencerminkan sentimen serantau yang lemah selepas ekuiti global memberikan petunjuk negatif dalam tempoh semalaman.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.82 mata untuk ditutup pada 1,600.68 daripada 1,611.50 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu, yang dibuka 3.39 mata lebih tinggi kepada 1,614.89, bergerak antara 1,598.64 hingga 1,615.84 sepanjang sesi dagangan.

Keseluruhan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 586 berbanding 419, manakala 543 kaunter tidak berubah, 906 kaunter tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.14 bilion unit bernilai RM2.69 bilion daripada 2.82 bilion unit bernilai RM2.22 bilion semalam.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI mengalami penurunan hari ini susulandolar Amerika Syarikat (AS) terus mengukuhdan lanjutan kebimbangan terhadap prospek ekonomi China telah melemahkan minat risiko di seluruh rantau ini.

“Memandangkan pelabur kekal berhati-hati, aliran modal terus memihak kepada pasaran AS, yang dilihat sebagai pasaran selamat berikutan ketidaktentuan semasa dalam pasaran domestik dan serantau,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS lebih tinggi berbanding jangkaan seperti yang dikeluarkan semalam telah meningkatkan harapan terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Disember, yang boleh merangsang pertumbuhan ekonomi.

Related Articles

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 14 Nov(Livevartha) — Ringgit dibuka...

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Niaga Hadapan Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 14 Nov(Livevartha) –Pasaran getah Kuala...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Cerminkan Sentimen Serantau Lemah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 13 Nov (Livevartha) — BursaMalaysia dibuka rendah...

Ringgit Terus Ditutup Rendah Berbanding Dolar US
Pasaran

Ringgit Terus Ditutup Rendah Berbanding Dolar US

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 13 Nov (Livevartha) — Ringgit susut...