Wednesday , 23 April 2025
Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pengambilan Untung
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pengambilan Untung

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pengambilan Untung

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 8 Nov(Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari dagangan terakhir minggu ini susulan aktivitipengambilan untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati selepas kemenangan calon Republican Donald Trump dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS).

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.04 mata, atau 0.13 peratus, untuk ditutup kepada 1,621.24 daripada paras penutup 1,623.28 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasarandibuka tinggi naik 4.34 mata kepada1,627.62 dan turun naik antara paras 1,621.24 dan 1,627.62 sepanjang hari dagangan.

Suasanapasaran juga negatif, dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 653 berbanding 338, manakala 490 kaunter tidak berubah, 925 tidak diniagakan dan 17 digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 2.69 bilion unit bernilai RM1.86 bilion daripada3.77 bilion unit bernilai RM3.41 bilion pada Khamis.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkatabursa tempatan mengambil pendekatan berhati-hati berikutankemungkinan peralihan dasar di bawah pentadbiran Trump 2.0.

“Ini termasuk barisan kepimpinanpenting yang boleh mengemudi dasar ekonomi dan panduan mengenai tarif di bawah pentadbiran Trump.

“Walaupun kenaikandiWall Street dan penurunan kadar faedah AS boleh menjanaminat limpahan dalam pasaran tempatan, impaknya mungkin terjejas oleh landskap makroekonomi global dan risiko sedia ada berkait dengan potensiagenda dasar AS yang tidak menentu,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April (Livevartha) —...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April(Livevartha) — Ringgit rendah berbanding...