PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 12.45 mata kepada 1,616.43 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,603.98 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,607.75.
Jumlah dagangan sebanyak 2.43 bilion unit bernilai RM2.15 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 540 berbanding 491 dengan 502 kaunter tidak berubah dan 894 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 1.83 peratus atau 46.61 mata kepada 2,588.97, manakala indeks Indonesia turun 0.29 peratus kepada 7.483.16
Indeks STI Singapura pula naik 21.51 mata kepada 3,576.94.
Selain itu, indeks Nikkei Jepun pula turun 1,027.58 mata kepada 38,063.57 ketika berita ini ditulis.-UTUSAN