Friday , 15 November 2024
Home Ekonomi Niaga hadapan emas melemah berikutan pengambilan untung
Ekonomi

Niaga hadapan emas melemah berikutan pengambilan untung

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melemah semasa ditutup hari ini berikutan pengambilan keuntungan oleh para pelabur menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) minggu depan, kata seorang penganalisis.

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dagangan emas telah menghadapi beberapa kemelut dengan kenaikan mula perlahan apabila hasil global yang lebih tinggi mencetuskan gelombang pengambilan keuntungan kecil sehingga logam itu tidak dapat menembusi paras rintangan US$2,800.

\”Walaupun penyusutan disebabkan keadaan terlebih beli adalah normal, emas kekal disokong menjelang pilihan raya Presiden AS minggu depan memandangkan permintaan bagi logam selamat itu kekal stabil. Risiko menyusul yang paling besar adalah kemenangan Kamala Harris akan menyebabkan jangkaan perang perdagangan terhapus dan ini akan menyebabkan emas terus menyusut\” katanya kepada Bernama.

Bulan semerta Oktober 2024 jatuh kepada US$2,764.90 setiap auns troy berbanding US$2,784.0 setiap auns troy yang dicatatkan pada Rabu lepas, dan November 2024 merosot kepada US$2,777.20 setiap auns troy daripada US$2,798.90 setiap auns troy.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya berakhir lebih rendah pada US$2,777.20 setiap auns troy berbanding US$2,807.0 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan jatuh kepada dua lot daripada 20 lot manakala kepentingan terbuka susut kepada lapan kontrak daripada 27 kontrak.

Berdasarkan penetapan petang London Bullion Market Association pada 31 Oktober, harga emas fizikal berada pada US$2,734.15 setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil
Ekonomi

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 14 November– Kadar jangka pendek antara bank ditutup...

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 14 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Minyak transformer berupaya mengurangkan risiko kebakaran di pencawang elektrik

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir / Foto RTMBANGI,...

Ekonomi

Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport RM4.8 bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Persidangan Meja Bulat para...