Wednesday , 25 December 2024
Home Ekonomi Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil – BNM
Ekonomi

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil – BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 30 Oktober– Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM36.02 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM15.93 bilion.

Pada hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik iaitu tender RM2.0 bilion selama tujuh hari dan tender RM1.5 bilion selama 30 hari.

Bank pusat itu akan turut menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM250 juta selama tujuh hari dan RM800 juta untuk 30 hari.

Selain itu, BNM mengumumkan ketersediaan perjanjian repo berbalik, jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, ia akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM39.5 bilion dan RM17.0 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- Livevartha

Related Articles

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup bercampur-campur

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 24 Disember- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Trend positif pasaran ekuiti dorong dividen ASB tertinggi sejak 2018

Ketua Perhubungan Pelabur Strategi Korporat MBSB, Azharuddin NordinKUALA LUMPUR, 24 Disember –...