Wednesday , 25 December 2024
Home Ekonomi Public Mutual umum agihan lebih RM94 juta untuk empat dana
Ekonomi

Public Mutual umum agihan lebih RM94 juta untuk empat dana

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM94 juta untuk empat dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2024.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengurus unit amanah itu mengumumkan pengagihan kasar tahunan lima sen seunit bagi Public Islamic Bond Fund dan 0.4 sen seunit bagi PB Asia Real Estate Income Fund.

Ia juga mengumumkan pengagihan kasar sebanyak 0.75 sen seunit (sampingan) untuk Public e-Ataraxia Mixed Asset Fund dan 0.50 sen seunit (separuh tahunan) untuk Public Islamic Dividend Fund.

Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 180 dana di bawah pengurusannya.

Ia juga merupakan penyedia skim persaraan swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan sembilan dana PRS.- Livevartha

Related Articles

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup bercampur-campur

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 24 Disember- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Trend positif pasaran ekuiti dorong dividen ASB tertinggi sejak 2018

Ketua Perhubungan Pelabur Strategi Korporat MBSB, Azharuddin NordinKUALA LUMPUR, 24 Disember –...