Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Mendatar Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar Susulan Sentimen Berhati-hati

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Livevartha) — Bursa Malaysia menyaksikan dagangan mendatar pada sesi awal urus niaga Rabu, diasak sentimen berhati-hati yang berlanjutan menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November ini.

Pada9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun2.71 kepada 1,612.37 daripada 1,615.08 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 0.18 mata kepada 1,614.90.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 159 berbanding 134 manakala 231 kaunter lain tidak berubah, 1,968 tidak didagangkan dan 123 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 130.90 juta unit bernilai RM69.51 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata Wall Street mengakhiri dagangan bercampur-campur semalam ketika peniaga menunggu pengumuman prestasi kewanganAlphabets yang mencatat pendapatan suku ketiga mengatasi unjuran penganalisis dipacu olehperniagaan pengkomputeran awannya.

Selain itu, prestasi kewangan Apple, Microsoft, Amazon dan Meta Platforms juga dijadual padaminggu inimanakala mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pula pada minggu depan.

“Di peringkat tempatan, FBM KLCI berakhir dengan positif, didorong oleh beberapa aktiviti memburu tawaran saham berharga rendah semalam. Namun, sentimen secara menyeluruh kekal berhati-hati sepertimana digambarkan oleh jumlah dagangan yang rendah," katanya.

Beliau berkata beberapa kaunter perladangan mungkin menjadi tumpuan selepas harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat ke paras tertinggi setakat ini, sekali gus menyuntik harapan terhadap potensi besar dalam suku keempat.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April (Livevartha) —...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April(Livevartha) — Ringgit rendah berbanding...