Saturday , 16 November 2024
Home Ekonomi Langkah naikkan gaji, upah tingkatkan pendapatan isi rumah
Ekonomi

Langkah naikkan gaji, upah tingkatkan pendapatan isi rumah

Langkah meningkatkan gaji dan upah antara inisiatif penting memastikan pendapatan isi rumah menjalani kehidupan yang lebih wajar / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Oktober – Langkah meningkatkan gaji dan upah antara inisiatif penting untuk memastikan pendapatan isi rumah di negara ini menjalani kehidupan yang lebih wajar.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata ia boleh dicapai melalui pelaksanaan Dasar Gaji Minimum dan Gaji Progresif yang berkesan.

Jelasnya, lebih separuh isi rumah di Malaysia menghadapi kesukaran untuk berbelanja dengan wajar.

Namun, kerajaan kini dilihat serius dalam menangani isu tersebut selain komited untuk mengekalkan prestasi ekonomi negara yang kukuh selaras dengan peningkatan kesejahteraan rakyat.

“Sebab itu beberapa langkah cuba diambil untuk mengatasi isu mengenai pendapatan isi rumah yang rendah. Contohnya menaikkan gaji pekerja kerana pendapatan isi rumah kita lebih dari separuh atau hampir dua pertiga bersumberkan gaji pekerja, dan gaji pekerja ini jadi masalah besar kerana ia tidak naik dengan pantas walaupun produktiviti meningkat,” katanya dalam program Bicara Naratif pada Isnin.

Tambah Dr. Zakariah, matlamat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi tidak bermakna jika rakyat tidak menikmati sepenuhnya manfaat daripada pertumbuhan ekonomi dan produktiviti negara.

Related Articles

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil
Ekonomi

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 14 November– Kadar jangka pendek antara bank ditutup...

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 14 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Minyak transformer berupaya mengurangkan risiko kebakaran di pencawang elektrik

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir / Foto RTMBANGI,...

Ekonomi

Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport RM4.8 bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Persidangan Meja Bulat para...