Saturday , 16 November 2024
Home Ekonomi Petunjuk lemah, sentimen berhati-hati dorong pasaran getah ditutup rendah
Ekonomi

Petunjuk lemah, sentimen berhati-hati dorong pasaran getah ditutup rendah

Petunjuk lemah, sentimen berhati-hati dorong pasaran getah ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Oktober– Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa susulan petunjuk yang lemah daripada pasaran hadapan getah serantau dan sentimen berhati-hati dalam pasaran global, kata seorang peniaga.

Selain itu, kebimbangan mengenai pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang akan datang dan prospek kadar faedah AS merupakan faktor penting yang mempengaruhi dinamik pasaran, katanya kepada Bernama.

Dilaporkan ekuiti Asia diniagakan dalam julat sempit pada Selasa, ketika peniaga bersedia untuk pilihan raya AS dan petunjuk data ekonomi utama yang akan menetapkan tahap untuk Rizab Persekutuan (Fed) membuat keputusan yang seterusnya.

“Namun begitu, penurunan seterusnya dihadkan oleh pemulihan penanda aras harga minyak mentah dan ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS,” kata peniaga itu.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 5.5 sen kepada 863.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun tiga sen kepada 745.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang, GMM 20 berada pada 860.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 744.0 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil
Ekonomi

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 14 November– Kadar jangka pendek antara bank ditutup...

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 14 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Minyak transformer berupaya mengurangkan risiko kebakaran di pencawang elektrik

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir / Foto RTMBANGI,...

Ekonomi

Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport RM4.8 bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Persidangan Meja Bulat para...