Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Pemilihan Presiden AS
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Pemilihan Presiden AS

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Pemilihan Presiden AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Livevartha) — Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga mendatar pada minggu depan dalam julat 4.34-4.35 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran menunggu pemilihan presiden negara maju itu pada 5 November ini.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran jugaakan kekal dengan sentimen berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi AS.

“Maklumat penting itu berkaitan dengan penggajian bukan perladangan yang dijangka lebih perlahan (dari segi pertumbuhan) kepada140,000 dalam Oktober berbanding 254,000 pada September manakala kadar pengangguran pula dijangka kekal pada 4.1 peratus dalam Oktober,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata pasaran juga menganggap ekonomi AS masih mantap dan Rizab Persekutuan akan bertindak melonggarkan dasar monetarinya secara berperingkat.

“Oleh itu, tumpuan lebih kepadapilihan raya presiden AS — calon manakah yang akan menang serta apakah keutamaan dasar ekonominya,” katanya.

Beliau berkata Tabung Kewangan Antarabangsa pada minggu ini telah bertindak melakukan semakan semula dan menyemak turun Keluaran Dalam Negara Kasar AS sebanyak 0.1 peratus kepada 3.2 peratus bagi 2025.

“Penyebab utama semakan semula itu adalah susulan keadaan ekonomi Eropah yang lemah, faktor geopolitik yang menjejaskan rantaian bekalan, pertumbuhan China yang perlahan serta dasar perdagangan yang bersifat melindungi (kepentingan negara),” katanya.

Bagi minggu baru berakhir ini, ringgit diniagakan bercampur-campur diasak ketidaktentuan berkaitan keputusan pilihan raya presiden AS, perkembangan geopolitik di Timur Tengah serta pengumuman data inflasi Malaysia yang menunjukkan dasar monetari kekal tidak berubah dalam jangka terdekat.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...