Home Ekonomi Median upah bulanan sektor formal meningkat kepada 5.6 peratus – DOSM
Ekonomi

Median upah bulanan sektor formal meningkat kepada 5.6 peratus – DOSM

Foto Fail/Livevartha

KUALA LUMPUR, 25 Oktober– Median upah bulanan sektor formal meningkat 5.6 peratus pada Jun 2024, kepada RM2,745 berbanding bulan sama tahun lepas.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata peningkatan itu menandakan momentum positif dalam pasaran buruh Malaysia pada suku kedua 2024.

Keadaan itu turut mencerminkan prestasi ekonomi negara yang kukuh.

\”Bilangan pekerja formal lelaki warganegara yang mencecah 3.72 juta, merekodkan median upah bulanan sebanyak RM2,782.

Selain itu, pekerja formal perempuan seramai 3.01 juta orang, mencatat median upah bulanan RM2,700,\” kata kenyataan itu.

Semua sektor ekonomi menunjukkan pertumbuhan positif dalam median upah bulanan.

Sektor Perlombongan dan pengkuarian terus mencatat median upah tertinggi berjumlah RM5,900.

Sebaliknya, Pertanian yang merangkumi 1.9 peratus daripada jumlah pekerja formal, mencatat median upah bulanan terendah iaitu RM2,000.

Taburan upah pula menunjukkan 32.2 peratus daripada jumlah pekerja formal menerima upah bulanan di bawah RM2,000.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...