Thursday , 14 November 2024
Home Ekonomi Gabungan MATRADE, HDC perkukuh dan menyepadukan ekosistem perdagangan dan industri halal
Ekonomi

Gabungan MATRADE, HDC perkukuh dan menyepadukan ekosistem perdagangan dan industri halal

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 25 Oktober – Penggabungan strategik antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) akan membentuk ekosistem perdagangan dan industri halal yang lebih kuat dan bersepadu.

Kenyataan Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) memaklumkan, sebagai langkah segera Jawatankuasa Pro Tem ditubuhkan untuk menyelaraskan sumber dan rangka kerja operasi.

Jawatankuasa itu juga akan memastikan sebarang penggabungan fungsi dan jawatan akan diurus dengan adil.

Penggabungan itu bakal meningkatkan kepimpinan dan daya saing Malaysia dalam pasaran halal global, yang diunjur bernilai A$5 trilion menjelang 2030.

Ia berupaya dicapai melalui operasi yang diperkemas, perkhidmatan asas yang digabungkan serta sokongan pembangunan dan promosi perdagangan yang diperkukuh untuk pengeksport halal.

Inisiatif tersebut seterusnya akan memperkukuh kemampuan fasilitasi eksport MATRADE melalui 49 pejabat di seluruh dunia, disokong pengetahuan industri khusus daripada HDC.

Semua pekerja sedia ada akan dikekalkan, sementara nilai jenama HDC terus dipelihara dan ditingkatkan.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 14 November – Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar...

Harga rumah teres dijangka naik hingga 5 peratus menjelang 2025
Ekonomi

Harga rumah teres dijangka naik hingga 5 peratus menjelang 2025

HARGA rumah teres dijangka meningkat menjelang tahun depan. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA:...

Ekonomi

Lawatan PM ke Mesir berjaya jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion

Mesyuarat Meja Bulat bersama pemain industri Mesir di Kaherah /Foto FB TENGKU...

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street

Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan hari ini, dipengaruhi oleh...