Home Ekonomi Kerajaan laksana inisiatif bantu rakyat hadapi inflasi
Ekonomi

Kerajaan laksana inisiatif bantu rakyat hadapi inflasi

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Ketegangan geopolitik yang berterusan di peringkat global serta prospek pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2025 dijangka memberi tekanan terhadap kadar inflasi negara.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata bagi mengurangkan kesan inflasi terhadap kos sara hidup rakyat, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk program bantuan tunai.

“Program bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diteruskan dengan peruntukan lebih tinggi pada tahun 2025. Selain itu, inisiatif Payung Rahmah seperti Jualan Rahmah juga akan diperhebat dengan menawarkan barangan asas pada harga berpatutan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, di sini.

Hanifah turut menjelaskan bahawa kerajaan akan meningkatkan pendapatan rakyat melalui sistem saraan perkhidmatan awam, dasar gaji progresif, dan peningkatan kadar gaji minimum bagi sektor swasta.

Dalam usaha memperkukuh bekalan makanan, kerajaan turut bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk meningkatkan pengeluaran bawang, ikan talapia merah, dan padi bagi memastikan jaminan makanan tempatan.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...