Home Ekonomi Pavilion, KLCC masih kuasai pasaran pusat beli-belah mewah
Ekonomi

Pavilion, KLCC masih kuasai pasaran pusat beli-belah mewah

Pavilion, KLCC masih kuasai pasaran pusat beli-belah mewah

PETALING JAYA: Pusat membeli-belah di bawah Pavilion Real Estate Investment Trust dan KLCC Stapled Group masih menguasai pasaran mewah, walaupun pembukaan The Exchange TRX Mall mendapat sambutan hangat, menurut Kenanga Investment Bank.

Firma penyelidikan tersebut menyatakan, kajian menunjukkan kehadiran pengunjung dan jualan kebanyakan jenama di TRX Mall telah menurun sejak pembukaannya.

“Beberapa peruncit menghadapi kesukaran mencapai sasaran dan kebanyakannya mencatatkan jualan bulanan kurang daripada RM1 juta.

“Kebanyakan pelancong masih menghabiskan masa membeli-belah di Suria KLCC, yang tertarik dengan mercu tanda ikonik Menara Berkembar Petronas.

“Selain itu, ramai individu berpendapatan tinggi di Lembah Klang masih memilih untuk membeli-belah di Bukit Bintang di mana terletaknya pusat membeli-belah seperti Pavilion KL,” katanya.

Menurutnya, TRX Mall, yang dibangunkan oleh TRX City Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dibuka pada November tahun lalu dengan sambutan meluas daripada orang ramai yang mengunjungi lebih 400 kedai termasuk gedung Seibu, jenama barang kemas Tiffany & Co, pembuat kasut Perancis Christian Louboutin dan gergasi pakaian Nike.

“Kedai Apple rasmi pertama di Malaysia juga dibuka di TRX Mall, dan beberapa jenama seperti Jimmy Choo dan Gentle Monster telah membuka kedai utama mereka di pusat membeli-belah tersebut.

“Namun, keghairahan itu semakin pudar dan jumlah pengunjung menurun, dengan hanya 13 peratus daripada 25 peruncit yang disoal selidik baru-baru ini melaporkan peningkatan bilangan pengunjung berbanding awal 2024,” katanya.

Jelasnya, penurunan itu sebahagiannya disebabkan oleh faktor bermusim, seperti ketiadaan perayaan utama seperti Tahun Baharu Cina atau Hari Raya Puasa yang biasanya meningkatkan perbelanjaan.

“Selain itu, rakyat Malaysia yang kaya turut membeli-belah di luar negara berikutan pengukuhan ringgit, yang turut menjejaskan jualan tempatan.

“Penemuan kami juga menunjukkan pusat membeli-belah tersebut sibuk semasa waktu makan tengah hari, terutama di tingkat bawah tanah di mana terletaknya kebanyakan kedai makan.

“Namun, jumlah orang ramai tidak diterjemahkan kepada “jualan yang bermakna” untuk jenama mewah,” katanya.

Selepas kaji selidik pasaran, Kenanga menyatakan bahawa Pavilion REIT dan KLCC, yang terdedah kepada pusat membeli-belah mewah di pusat bandar KL, akan memberi pulangan risiko positif kepada pelabur kerana kesan berpotensi daripada TRX Mall adalah “marginal” dan kemungkinan telah diambil kira dalam pasaran. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...