Home Ekonomi Ringgit terus ditutup rendah susulan ketidakpastian pilihan raya presiden AS
Ekonomi

Ringgit terus ditutup rendah susulan ketidakpastian pilihan raya presiden AS

Ringgit terus ditutup rendah susulan ketidakpastian pilihan raya presiden AS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Oktober– Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu apabila ketidakpastian berhubung keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 Nov depan telah menjejaskan mata wang tempatan.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3490/3535 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3255/3305 pada Khamis.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata calon Republikan AS, Donald Trump dilihat sebagai lebih cenderung kepada perlindungan perdagangan, dengan pendekatan dasar yang merangkumi langkah pengembangan fiskal yang sangat tinggi.

Beliau berkata sekiranya dasar ini dilaksanakan, ia boleh mengganggu ekonomi global dan membawa kepada tekanan inflasi, yang berpotensi mempengaruhi pendekatan dasar monetari Rizab Persekutuan AS ketika ini untuk menurunkan kadar faedah.

“Akibatnya, peniaga dan pelabur beralih kepada dolar AS sebagai mata wang selamat,” katanya.

Pada penutup dagangan, ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding euro kepada 4.6887/6935 daripada 4.6785/6839 pada Selasa, turun berbanding pound Britain kepada 5.6433/6491 daripada 5.6097/6162 namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8484/8516 daripada 2.8668/8704.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan susut berbanding peso Filipina kepada 7.50/7.52 daripada 7.47/7.49 pada Selasa, turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2932/2969 daripada 3.2879/2919 dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 278.2/278.7 daripada 277.8/278.3. Bagaimanapun ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8959/9149 daripada 12.9089/9300.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...