Home Ekonomi Penggabungan tiga bank tumpu PKS diteruskan – Anwar
Ekonomi

Penggabungan tiga bank tumpu PKS diteruskan – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Penggabungan tiga bank yang memfokuskan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan diteruskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penggabungan tersebut melibatkan Bank Pembangunan Malaysia Bhd, Exim Bank dan SME Bank.

“Penggabungan tiga bank ini sedang dalam proses. Fokus kepada PKS tidak akan diketepikan. Bank Negara akan memastikan bahawa syarat-syarat yang melibatkan pinjaman untuk PKS dan bumiputera tetap menjadi keutamaan dalam dasar penggabungan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, Anwar dalam pembentangan Belanjawan 2025 telah mengumumkan bahawa institusi kewangan pembangunan akan disusun semula melalui penggabungan ketiga-tiga bank tersebut.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...