Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Ringgit Ditutup Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

Ringgit Ditutup Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Livevartha) — Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pasaran kekal berhati-hati terhadap perkembangan geopolitik yang melanda Timur Tengah manakala Indeks Dolar AS (DXY) kekal mendapat sokongan yang baik.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.3045/3100 berbanding dolar AS daripada 4.3045/3075 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit berada dalam julat kecil berbanding dolar AS semasa dagangan hari ini pada sekitar 4.2970 hingga 4.3070.

Beliau berkata People’s Bank of China telah menurunkan kadar dasar sebanyak 25 mata asas hari ini, menunjukkan pihak berkuasa komited untuk memastikan ekonomi mendapat sokongan yang baik selepas pertumbuhan pada suku ketiga berakhir 2024 yang mencapai 4.6 peratus daripada 4.7 peratus pada suku sebelumnya.

Menurutnya, di peringkat domestik, ekonomi Malaysia terus menunjukkan prestasi positif, dengan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar suku ketiga 2024 menunjukkan pertumbuhan 5.3 peratus.

Sektor pembinaan melonjak 19.5 peratus, meningkat daripada 17.3 peratus sebelum ini manakala sektor pembuatan berkembang pada 5.7 peratus berbanding 4.7 peratus pada suku sebelumnya.

“Bagaimanapun, sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan risiko geopolitik di Timur Tengah yang telah memastikan DXY menerima sokongan yang baik,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutupan dagangan, ringgit kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...