Friday , 20 September 2024
Home Pasaran Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Kecenderungan Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Livevartha) — Ringgit dijangka dalam kecenderungan menaik berbanding dolar US minggu depan, kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, DrMohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat ringgit berkemungkinan cuba menembusi paras sokongan pada 4.3000, sekiranya dolar US terus mengalami penurunanberikutan data pekerjaan yang lebih lemah.

Data Senarai Gaji Bukan Ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat hanya mencapai 142,000 pekerjaan pada Ogos, jauh di bawahjangkaan konsensus paras165,000 pekerjaan, walaupun meningkat daripada 114,000 pekerjaan yang dicatatkan pada Julai.

“Kami menjangkakan ringgit akan terus menunjukkan arah aliran yang sihat memandangkan data NFP lebih rendah daripada jangkaan, dilihat sebagai faktor penyumbang kepada prestasi ringgit.

“Bagaimanapun, pasaran juga akan menumpukan terhadap data utama minggu depan iaitudata Indeks Harga Pengguna (IHP) AS dan Indeks Harga Pengeluar (IHP) untuk menilai inflasi serta Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2024 Jepun dan IHPChina, perdagangan dan pinjaman baharu," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI, Stephen Innes berkata memandangkan pasaran pekerjaan AS semakin reda, ia boleh memberikan sokongan kepada ringgit.

"Kedudukan ringgit minggu depan bergantung kepada dataNFP terutamanya jika ia jatuh di bawah paras 150,000 (lebih rendah daripada konsensus paras 165,000), ia akan membantumengukuhkanringgit," katanya.

Dari Jumaat ke Jumaat, ringgit merosot kepada4.3275/3330 berbanding dolar USdaripada4.3185/3225 minggu sebelumnya.

Related Articles

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Sept (Livevartha)–Ringgit dibuka rendah sedikit...

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal
Pasaran

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan...

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 17 Sept(Livevartha) — Niaga hadapan...