Wednesday , 27 November 2024
Home Perniagaan Sarawak optimis mampu capai sasaran lebih 3 juta pelawat tahun ini
Perniagaan

Sarawak optimis mampu capai sasaran lebih 3 juta pelawat tahun ini

KUCHING, 7 Oktober – Sarawak mampu mencapai sasaran lebih tiga juta pelawat sebelum penghujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Beliau yakin sasaran tersebut dapat dicapai berikutan jumlah pengunjung ke Sarawak sudah mencecah 2.6 juta setakat Ogos tahun ini.

\”Kita melihat bagi tempoh tiga bulan terakhir tahun ini, jumlah itu akan meningkat dan kita menyasarkan 3.8 pelawat paling minimum namun kita berharap jumlah itu dapat mencecah sehingga 4 juta,\” katanya.

Datuk Sebastian berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pelancongan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia Sarawak, MATTA Fair 2023.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan tiga negara yang menyumbang jumlah pengunjung tertinggi ke Sarawak adalah Brunei Darussalam, Indonesia dan Singapura.

Ini berikutan ketiga-tiga buah negara tersebut mempunyai penerbangan terus ke bandar-bandar utama di Sarawak seperti ke Kuching, Sibu dan Miri.

MATTA Fair berlangsung selama dua hari bermula hari ini hingga esok dan disertai 46 pempamer melibatkan syarikat penerbangan, perhotelan yang menawarkan pelbagai pakej menarik dengan harga diskaun yang berpatutan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...