Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Jangkaan penurunan kadar oleh Fed akan tetapkan hala tuju niaga hadapan emas minggu depan
Perniagaan

Jangkaan penurunan kadar oleh Fed akan tetapkan hala tuju niaga hadapan emas minggu depan

Jangkaan penurunan kadar oleh Fed akan tetapkan hala tuju niaga hadapan emas minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Jangkaan kepada kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat akan menetapkan hala tuju untuk kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives minggu depan.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran emas kekal dipengaruhi oleh niaga hadapan, menunjukkan kemungkinan penurunan kadar lebih 50 peratus oleh Fed untuk langkah seawal Mac.

Selain itu, katanya pasaran niaga hadapan mengunjurkan penurunan sejumlah 145 mata asas sehingga Disember, memberikan sokongan kepada harga emas.

“Risiko geopolitik global yang semakin meningkat turut menyumbang kepada tarikan logam itu sebagai aset selamat,” katanya kepada Bernama.

Dari aspek teknikal, Innes berkata terdapat jangkaan sokongan pada US$2,020 setiap auns troy manakala paras halangan dilihat pada US$2,050 setiap auns troy pada minggu akan datang.

“Peniaga dan pelabur akan terus memantau petunjuk ekonomi, komunikasi bank pusat dan perkembangan geopolitik untuk petunjuk hala tuju masa depan harga emas,” katanya.

Bagi minggu baru berakhir, jumlah niaga hadapan emas dalam pasaran tempatan merosot kepada 152 lot daripada 202 lot diniagakan pada minggu sebelumnya.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 434 kontrak daripada 111 kontrak minggu lepas.

Pada asas mingguan, kontrak bulan semerta Januari 2024 susut kepada US$2,033.50 setiap auns troy daripada US$2,045.00 setiap auns troy sebelum ini dan Februari 2024 merosot kepada US$2,043.30 setiap auns troy daripada US$2,055.20 setiap auns troy.

Kontrak bagi Mac 2024, April 2024 dan Jun 2024, masing-masing ditutup kepada US$2,050.60 setiap auns troy daripada US$2,061.70 setiap auns troy pada minggu sebelumnya.

Harga emas fizikal sebanyak US$2,013.20 setiap auns troy, menurut London Bullion Market Association pada 18 Jan.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...