Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan MSM rancang ceburi bidang penanaman tebu huluan
Perniagaan

MSM rancang ceburi bidang penanaman tebu huluan

MSM rancang ceburi bidang penanaman tebu huluan

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MSM Hasni Ahmad

KUALA LUMPUR, 20 Januari- MSM Malaysia Holdings Bhd sedang dalam perancangan untuk menceburi bidang penanaman tebu huluan bagi memastikan keterjaminan gula mentah di negara ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MSM Hasni Ahmad, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi memenuhi hasrat tersebut.

\”MSM perlu melihat dalam hal ini kerana kami merupakan pengeluar terbesar kilang gula negara, perlu ada untuk keterjaminan sekiranya apa-apa berlaku.

\”Baru-baru ini Thailand dan India mengharamkan eksport mereka, sekiranya Brazil juga mengharamkan eksport mereka di mana kita akan mempunyai gula. Kami tidak mempunyai sumber, jadi kami perlu melihat perspektif keselamatan makanan,\”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan bersama Media kekilang penapisan MSM, di Tanjung Langsat, Johor.

Pada Mac lalu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata , industri tebu Malaysia akan dibangunkan untuk membantu memenuhi permintaan negara terhadap gula.

Ini berikutan penutupan ladang tebu tempatan di Chuping, Perlis, pada 2011 dan Malaysia bergantung sepenuhnya pengimportan gula mentah dari Brazil.

Melangkah ke hadapan, MSM juga merancang untuk mengeksport gula ke pasaran Singapura pada suku pertama atau kedua tahun ini, namun menurut Hasni, ia tidak akan menjejaskan pasaran tempatan.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...