Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Malaysia, Indonesia perlu bentuk kerjasama, tingkat kewangan Islam di ASEAN
Perniagaan

Malaysia, Indonesia perlu bentuk kerjasama, tingkat kewangan Islam di ASEAN

Malaysia, Indonesia perlu bentuk kerjasama, tingkat kewangan Islam di ASEAN

Adnan Zaylani Mohamad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 April- Negara-negara peneraju dalam kewangan Islam di rantau ASEAN seperti Malaysia dan Indonesia harus bekerjasama dalam sektor perbankan dan takaful.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, potensi kewangan Islam dan teknologi kewangan (fintech) akan semakin cerah serta berkembang pesat menerusi pakatan berkenaan.

\”Walaupun bidang kuasa dan rangka kerja kawal selia berbeza, namun kita boleh selaraskan kepada tahap dan standard tertentu.

\”Sekiranya kita mampu mencapai tahap itu, penerimaan perkhidmatan kewangan merentasi pelbagai negara termasuk aspek syariah akan lebih lancar.

\”Untuk mencapai tahap ini di peringkat global agak mencabar, jadi kita boleh mulakan di ASEAN terlebih dahulu,\” katanya.

Jelasnya, Kerajaan Malaysia berhasrat mengetengah fintech sebagai antara langkah pengukuhan bagi penawaran kewangannya pada penganjuran ASEAN tahun depan.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada sesi bertajuk \”SEA’s Next Big Fintech Export: Islamic Finance\” pada sidang kemuncak KL20 2024 di Pusat Konvensyen Kualal Lumpur di ibu negara.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...