Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Kewangan Islam: Instrumen tangani jurang pembiayaan projek infrastuktur
Perniagaan

Kewangan Islam: Instrumen tangani jurang pembiayaan projek infrastuktur

Kewangan Islam: Instrumen tangani jurang pembiayaan projek infrastuktur

Dr. Muhammad Al Jasser

RIYADH, 28 April- Instrumen kewangan Islam merupakan penyelesaian jangka panjang yang tepat bagi membiayai projek infrastruktur mampan.

Presiden Bank Pembangunan Islam IsDB, Dr. Muhammad Al Jasser berkata, perkara itu memandangkan mekanisme pembiayaan awam konvensional tidak memenuhi permintaan projek infrastruktur serta menyediakan dana mencukupi bagi pelaburan jangka panjang.

\”Asas aset dan prinsip perkongsian risikonya sejajar dengan keperluan negara kurang membangun untuk projek infrastruktur jangka panjang. Tambahan pula, kewangan Islam dengan penekanan terhadap tanggungjawab alam sekitar berada pada kedudukan yang sempurna untuk menyokong usaha ini,\” katanya dalam sesi dialog Memanfaatkan Kewangan Islam Bagi Membangunkan Infrastruktur Mampan dan Berdaya Tahan, sempena hari pertama Mesyuarat Tahunan IsDB 2024 di Dr. Muhammad Al Jasser.

Sebagai bank multilateral, IsDB bersedia memainkan peranan membangunkan infrastruktur kewangan Islam yang perlu dan menarik aliran modal swasta ke negara membangun.

Ia sekali gus, menangani jurang pembiayaan bagi projek infrastruktur di seluruh dunia yang diramal mencecah AS$15 trillion menjelang 2030.

Mesyuarat tahunan yang disertai wakil tertinggi kerajaan, peserta industri, syarikat swasta dan ahli akademik dari 57 negara anggota termasuk Malaysia akan berakhir Selasa ini.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...