Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi
Perniagaan

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Mei- Bursa Malaysia bergerak dalam aliran meningkat dalam sesi dagangan awal pada Isnin, menjejaki petunjuk positif Wall Street pada Jumaat, kata penganalisis.

Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.79 mata kepada 1,594.38 daripada 1,589.59 yang dicatat pada Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 2.21 mata pada 1,591.80.

Di pasaran meluas, kaunter untung mendahului rugi iaitu 292 berbanding 128 manakala 301 kaunter tidak berubah, 1,594 tidak diniagakan dan 16 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 282.43 juta unit bernilai RM109.91 juta.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi selepas pengumuman data pekerjaan yang rendah berbanding jangkaan, sekali gus mengukuhkan persepsi peniaga untuk melihat tekanan inflasi lebih menyederhana yang boleh membawa kepada pelarasan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Di peringkat domestik, beliau berkata aliran peningkatan FBM KLCI terus ketara sejak pertengahan April susulan tindakan institusi tempatan dan dana asing membeli saham-saham mewah.

“Indeks petunjuk utama itu kini bergerak dalam julat paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu, malah dijangka terus menunjukkan trend lebih tinggi yang disokong oleh penilaian munasabah.

“Kami percaya kemampuan untuk bergerak daripada paras 1,600 adalah diperlukan kerana ini juga merupakan rintangan yang yang sukar untuk diatasi (pada masa ini),” katanya Bernama.

Beliau turut menjangkakan indeks berkenaan mungkin menyaksikan aliran dalam julat antara 1,590-1,600 pada hari ini.

Selain itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing meraih tiga sen kepada RM9.83 dan RM4.15, CIMB naik dua sen kepada RM6.67, Tenaga Nasional menokok lapan sen kepada RM12.40 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.29.

Bagi saham aktif, Iconic dan Ingenieur masing-masing naik setengah sen kepada 11 sen dan 12 sen, SNS naik 2.5 sen kepada 42 sen manakala Berjaya Corp menambah satu sen kepada 29.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat 38.18 mata kepada 12,008.29, Indeks FBMT 100 naik 33.02 mata kepada 11,630.14, Indeks FBM 70 menambah 39.76 mata kepada 16,776.78, Indeks FBM ACE meraih 20.49 mata kepada 5,155.04 manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 25.25 mata kepada 12,218.55.

Mengikut sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 63.36 mata kepada 17,353.77 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.75 mata kepada 191.59 manakala Indeks Tenaga sebaliknya susut 0.61 mata kepada 966.24 dan Indeks Perladangan turun 6.20 mata kepada 7,413.67.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...