Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Perniagaan

MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi

MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi

Tengku Datuk Seri Zafrul bersama Menteri Perdagangan Arab Saudi, Dr Majid Abdullah Alkassabi pada majlis makan malam meraikan delegasi Arab Saudi ke Malaysia di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR, 6 Mei- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menggalakkan syarikat tempatan untuk menjalinkan kerjasama pelaburan dengan syarikat dari Arab Saudi terutama dalam sektor perkhidmatan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Arab Saudi mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.

Beliau berkata Arab Saudi mempunyai perancangan Visi 2030 yang memerlukan pelaburan dari negara seperti Malaysia terutama dalam sektor perkhidmatan.

“Kita mempunyai kepakaran dalam beberapa bidang seperti elektrik dan elektronik, pelancongan, logistik dan pengurusan fasiliti.

“Ini memberikan peluang kepada syarikat Malaysia untuk memperluas perniagaan mereka ke negara itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam meraikan delegasi Arab Saudi ke Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Arab Saudi Dr Majid Abdullah Alkassabi berkata pihaknya menggalakkan perniagaan persendirian Malaysia untuk meneroka potensi peluang di negara itu.

“Lawatan ini merupakan lawatan yang penting. Usaha ini sebagai lawatan pembuka mata. Lawatan ini adalah misi mencari fakta dengan menentukan aspek yang kita perlu bangunkan, mendengar semua peluang dan mengetahui perkara yang tersedia.

“Jadi kami sedang menyediakan perancangan komprehensif…satu pelan kerjasama berdasarkan titah Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman supaya menyediakan rancangan bersama dan meningkatkan kerjasama perdagangan dua hala,” katanya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...